Thursday 21 March 2013

PERJALANAN SERIBU LANGKAH BERMULA DENGAN SETAPAK KEHADAPAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, tiada yang lebih layak mendapat puji-pujian melainkan Allah yang satu. Niat di hati ingin memiliki blog sudah sekian lama berakar umbi, tetapi baru hari ini bertunas. Semoga langkah pertama ini akan kekal ke hadapan dan senantiasa di dalam rahmat Nya.

Terima kasih kepada kedua ibu dan bapa saya kerana tanpa mereka, saya tidak akan pernah melihat alam yang terbentang luas ini. Buat rakan-rakan seperjuangan di sekolah rendah, menengah rendah dan atas, kolej dan institut pengajian tinggi, serta tidak lupa juga kepada bekas rakan sekerja, budi dan jasa anda semua tidak akan dapat saya balas dengan kata-kata. Budi dan jasa anda semua akan kekal bersama saya dengan izin Nya. Semoga Allah merahmati kalian, kerana hanya Dia tempatku berserah. Bagi mereka yang berada disekeliling saya seharian, marilah kita berusaha mendapatkan hidayahNya kerana di hayat yang masih ada ini, itulah sebaik-baik matlamat.

Terlalu banyak yang ingin dicoretkan di Ruang Kosong ini, tetapi untuk yang julung kali, pada fikiran saya cukup sekadar di sini. In syaa Allah jika dipanjangkan usia dan dipermudahkan olehNya, lembaran yang kedua akan menyusul. Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah, maka marilah kita bersyukur kepadaNya. Dan jika ada kesilapan saya dipertemuan kali pertama ini, saya pohon kemaafan dari kalian, dan jadikanlah kesilapan saya satu peringatan supaya kalian tidak mengulanginya.

Assalamualaikum w.b.t.

arieftarmizi
Jumaat, 4:26 Pagi